Kehilangan Pesawat AirAsia QZ8501: Ini Reaksi Tony Fernandes!



SHAH ALAM -  Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes menyifatkan kehilangan pesawat AirAsia penerbangan QZ8501 bagaikan satu mimpi ngeri.

"Ini bagaikan suatu mimpi ngeri untuk saya," katanya yang dipetik dari laman mikro Twitter miliknya.



Tambah Tony lagi: "Tapi ia bukanlah alasan untuk berhenti berharap."

Sebelum itu, beliau menzahirkan rasa syukur atas sokongan yang diberikan oleh pelbagai pihak.

"Saya tersentuh dengan sokongan padu yang diberikan oleh rakan-rakan.

"Kepada semua kakitangan AirAsia, bertabahlah. Teruskan menjadi yang terbaik. Teruskan berdoa. Buat yang terbaik untuk tetamu (penumpang) kita," tambahnya.

Penerbangan pesawat AirAsia QZ8501 meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di timur Jawa pada 5.35 pagi waktu Indonesia pada Ahad dan dijangka tiba di Singapura pada 8.30 pagi hari sama.

Menara kawalan terputus hubungan dengan QZ8501 pada 7.24 pagi waktu Indonesia. - Sinar Harian

Kehilangan Pesawat AirAsia QZ8501: Ini Reaksi Tony Fernandes! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel